Tuesday, 3 September 2013

Apa yang boleh dimakan kalau kena Chicken Pox bagi orang dewasa

Menurut doktor yang aku jumpa, semolek-moleknya makan sayur je selama 2 minggu chicken pox ni. Aku tak sanggup....vegetarian sehari mungkin boleh, 2 minggu tak mampu.

Artikel ni berniat membantu anda anda (yang tak sanggup makan sayur je) untuk memilih apa yang boleh dan meninggalkan yang tak boleh dimakan. Konsepnya macam makanan orang berpantang lepas bersalin. Kot tak pernah bersalin, ni aku senaraikan..

Yang Tak Boleh
1) Ayam, Daging, Telur, Makanan Laut (Udang, Sotong, Ikan , Ketam, etc.)
2) Makanan Bergoreng ( puasa ler kejap dari makan KFC, McD, Pizza Hut)
3) Kicap (dan makanan makanan hitam macam cokelat). Boleh effect parut jadi hitam legam. Bunyi mcm tak logik tapi aku tak kuasa nak mencari pasal. 2 minggu takde kicap tak mati pun..
4) Telur Ayam. 
5) Cili..makanan pedas
6) Belacan

Rasionalnya, makanan di atas akan menambahkan lagi kegatalan yang sedia ada.

Macam takde satu benda pun boleh dimakan kan. Okeh, tak perlu sedih sangat..ni senarai yang boleh makan.

1) Ikan Selar
2) Ikan Merah
3) Ikan Tenggiri

 Pandai-pandai la ko gilir gilir menu ni supaya tak mati kebosanan makan lauk yang sama. Ikan ikan ni cuma boleh direbus (sup, asam rebus, etc) atau di bakar. Boleh letak ikan bilis sebagai perasa, tapi sikit je. Sayur pun sama, tak boleh ditumis..boleh rebus je. Minyak masak tu MC 2 minggu mcm ko jugak.

Ni resipi ikan rebus oleh mak mertua tersayang. Senang giler nak masak, semudah masak Maggi.

Rebus air dalam periuk (Separuh periuk)
Masukkan bawang merah (1 biji), bawang putih (2 biji), halia (besar ibu jari) dan kunyit hidup ( sebesar kuku ibu jari) - semua ni dimayang kasar-kasar.
Bila air mendidih, masukkan ikan selar seekor (belah 2).
Masukkan asam keping.
Kecikkan sikit api, dan biarkan sampai ikan masak. Perasakan dengan garam. Nak warna sikit, letak separuh tomato.

Makan panas-panas dengan nasik. Kenyang...anak aku pun suka. Dia bedal je..tekak tak memilih macam maknya.

Dah habis 2 minggu ni, sila ajak pasangan memasing ke McD. Huhu.

Adios!



 

18 comments:

  1. Replies
    1. no prob sis..the positive side effect ialah body jadi slim..hehehe!

      Delete
    2. Adui sis ni 1st sy kena,n bru je dia naik.

      Delete
    3. Adui sis ni 1st sy kena,n bru je dia naik.

      Delete
  2. Boleh tak makan kacang almond? Sebab org kata vitamin e boleh babtu cepat baik dari chikenpox niey . Dan almond mengandungi vitamin e .

    ReplyDelete
    Replies
    1. so..ok tak makan kacang? mak mertua saya mmg tak bagi

      Delete
  3. Boleh tak makan kacang almond? Sebab org kata vitamin e boleh babtu cepat baik dari chikenpox niey . Dan almond mengandungi vitamin e .

    ReplyDelete
  4. Boleh tak makan kacang almond? Sebab org kata vitamin e boleh babtu cepat baik dari chikenpox niey . Dan almond mengandungi vitamin e .

    ReplyDelete
  5. Apple boleh mkn

    ReplyDelete
  6. Saya baru kena pedih ya amat 😭😭

    ReplyDelete
  7. baru dua hari kena..sy mkn bubur mcd,keropok..gatal nyer bdn saya

    ReplyDelete
  8. Baru kena 3/11 haritu. Sampai sekarang tak elok lagi. Minum air dah banyak. Makan takde selera. Gatal dia jangan cakap lah kan macam mana. 😭😭

    ReplyDelete
  9. iye...mmg makan dalam seminggu dua. gatalnya tahap nak tenyeh dgn kertas pasir bagi puas hati. minum air kelapa mencepatkan proses dia nak keluar semua tapi akan menambah kegatalan. time time macam ni mmg kesabaran teruji tahap dewa

    ReplyDelete
  10. Alah memang kena dua minggu ker ? Bosan nye duduk rumah 😭😭😭 nak pergi kerja ..alahahaii .. Disebabkan bos takut berjangkit dengan patients die suruh rehat sampai betul2 sembuh .Hnmm ..

    ReplyDelete
  11. Aku kena first day puasa relax je, ni dah seminggu lebih kat rumah. Bulan puasa lak tu. Bulan puasa lah lagi nak keluar. Ni korang duduk rumah kejap dah bising

    ReplyDelete