Aku bukan doktor. Artikel ni untuk senaraikan usaha aku mencari penawar bagi anak dara mak yang kerap batuk berpanjangan. Konsepnya ialah Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan penyakit, doktor/ubat hanyalah penyebab/medium. Apa yang parents perlu buat ialah berusaha dan bertawakal.
Oh ye, anak dara sekarang dah 1 tahun 10 bulan..(info sampingan)
Ni info penting, kalau rasa berguna..amik ler.
1) Dapatkan rawatan pa-ed (doktor kanak kanak). Kalu pergi klinik biasa tu diorang bagi ubat yang sama macam adult. Bagi yang duduk area rawang, 2 klinik yang kami pergi ialah Klinik Tan @ Rawang atau Klinik Serena @ Sg. Buloh.Pada yang duduk area lain, rajinkan mulut bertanya ibu ibu lain atau lagi senang, google kat henpon.
No phone Klinik Tan:03-60937668 (No.5, Jalan Bukit Rawang 7 - Sebelah JPN Rawang, dekat dengan Petronas Rawang)
No phone Klinik Serena: 03-61575763 (no. 20, BRP 1/2, Bukit Rahmah Putra) sederet dengan ofis MBSA, kedai mamak kat corner lot)
Note: Klinik diorang ni walk-in je tapi silalah datang awal sbb kalau lenggang kangkung mak minah memang mendapat ler berjam-jam menunggu.Telefon dulu utk confirmkan waktu operasi diorang sbb klinik tak bukak 24 hours mcm klinik biasa. Kang sia sia je menunggu kat luar pintu. Untuk mak yang jenis teringin nak banyak tanya tapi takut terbagi soalan bodoh, sila lah ke Dr Serena, confirm ko puas hati.
2) Kemudian kami mencari pakar kanak-kanak di hospital swasta pulak. Yang ni mmg mahal, kalo tak silap rm200++ per hour, entah..aku hulur GL co. aku je (syukur tak yah kuar duit poket sendiri). Kami pergi specialist Dr Azizi @ KPJ Damansara (depan Pasar Besar TTDI) . Yang ni ko kena telefon buat appointment dulu sebab kalau ko perasan VIP nak main walk-in je, silap haribulan sampai ke petang ko menunggu dia. Ni no phone secretary dr azizi : 03-77181188.
Note: standby tadah telinga untuk dengar dr Azizi bagi nasihat..kalau laki ko merokok, hahahahha...habis la korang..muka dr mcm atok yang garang tapi consultation dia terbaik wok! Konsepnya: makanan dan udara. Makanan untuk anak seeloknya homecooked dan untuk udara, sila buang ubat nyamuk letrik , perfume rumah, bantal dan tilam kekabu yg jarang dijemur.
3) Latest usaha kami ialah bawak baby ke :
Klinik Wangsa Sdn Bhd @ Wangsa Maju (belakang balai polis kat Jusco alpha angle).
No. 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Bandar Wangsa Maju
No. Tel:03-41421614
Ko mintak nak jumpa Dr Nadir Khan. Alhamdulillah, anak dara aku serasi dengan cara rawatan Dr Nadir ni. Dr kata anak aku dah telan ubat batuk kuat sampai kahak tu terperangkap dalam badan dia. Tu yang baby berterusan batuk sbb culprit a.k.a kahak tu masih ada. Dr bagi topeng gas, kemudian tepuk belakang baby bagi kahak longgar & sedut kahak guna equipment khas..memang banyak giler keluar dan berbau busuk sebab dah lama berkampung dlm badan. Dr kata kalau lambat dirawat ada potensi jadi athma. Ubat dia bagi pun lain...ubat ni untuk menggalakan batuk supaya kahak keluar. Dan ko dapat coaching dari doc cara cara tepuk belakang bayi supaya dapat prektis kat rumah bila baby batuk semula. Sebab takde topeng gas kat umah, guna rice cooker untuk steamkan air dan buat macam steam facial kat muka baby sebelum aksi tepuk menepuk.
Note: Dr Nadir takde tiap tiap hari kat klinik..dia ada 2 - 3 branch kot nak round..so call dulu klinik utk confirm, kang menyesal... Sila datang bapak awal sebab kalau datang ngam ngam pun silap haribulan ko kena berdiri menunggu turn.Serius, aku tak berdrama, kisah benar ni.
4) Tidak dilupakan rawatan tradisional. Kebetulan mak mertua aku kampung dia ada beberapa nenek yang mengamalkan rawatan tradisional (kat Jelebu, Negri 9..most wanted yaw!) Ada yg dah glamour ke tahap ko kena tunggu turn mcm klinik gomen. Berdasarkan rawatan anak aku, ada yg cakap dalam badan banyak angin (kesan permakanan dan juga keluar waktu malam) sbb tu lah badan 'menolak' ubat menyebabkan lambat baik. Ada jugak yg kata "ketegur" (kesan keluar malam malam jugak). Biasanya, korang kena bawak sebotol besar mineral water untuk diorang 'jampi dengan ayat-ayat Al-Quran' sbg air penawar. Bahan sampingan lain ialah tepung beras, kunyit hidup, etc (bergantung cara rawatan nenek tersebut). Aku yang bajet ibu moden ni kadang menahan gelak gak tengok tapi tak kisahlah, janji tak menyimpang ajaran islam.
Note: Kadang kadang tak dapat elak kena bawak baby keluar malam, huhu.
Akhir kata, sebagai ibu bapa jangan berhenti berikhtiar, Insha Allah berhasil. Bahaya kalau ambil pendekatan, dah besar nanti elok lah tu. Di mana ada jalan, di situ ada highway : Adnan Sempit.
Adios!
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR