Dah sebulan lebih, arwah mak pergi.
Hmm. Masa tu saya sibuk masakkan bekal anak, telefon saya tak berenti bunyi. Saya tak sempat angkat phone sebab takut masakan atas dapur gas tu hangus. Kejap lagilah aku call balik, getus saya dalam hati. Kepala takde fikir bukan-bukan, fokus potong carrot dan broccoli.
Suami dah terjaga, dia belek phone saya dan laung "kak wati call " Saya tengok jam, apa kejadahnya minah ni call aku pukul 6 pagi. "Kejap lagi mama call balik" saya laung dari dapur. Hati suami saya dah terdetik, kalau tak mak saya, mesti abah saya. Suami saya pegang phone tunggu kak wati call balik. Tak lama lepas tu, suami tepuk bahu saya yang tengah kacau kacau sup dalam periuk. "Mama, kak wati nak cakap dengan mama " Apsal pulak minah ni. Saya basuh tangan kat sinki. Kepala masih tak pikir bukan bukan lagi. Suami tarik saya ke ruang tamu suruh saya jawab phone depan pintu. Rumah saya line memang macam haram, especially area dapur yang ceruk tu.Kat luar rumah, masih gelap. Sejuknya sampai ke tulang. Awan hitam memenuhi langit, pasti nak hujan lebat kejap lagi ni.
"Hello, tie...apa hal?" Tiada jawapan. Saya cuma dengar kakak saya meraung. Masa tu saya terus panik. Mata saya terus sarat dengan air macam awan hitam kat langit. " Mak kita dah tak ada dik"
Giliran saya pula meraung.
Suami terus peluk saya. Anak saya yang tengah tidur pun terjaga. Rasanya, jiran jiran saya pun mesti dengar. Saya terduduk kat sofa, telefon dah terlepas dari tangan. Cuma sayup-sayup dengar kakak saya jerit "hello-hello"..Saya tekup muka dengan tangan. Air mata laju je merembes..anak saya terpinga-pinga lihat keadaan saya. Beberapa kali dia tarik tarik tangan saya. "Mama..mama..."
Malam tadi saya dah terpikir nak telefon kakak saya. Suruh dia sampaikan kat mak yang saya akan balik lusa cuti krismas. Ingatkan kalau time tu mak tak tido lagi, boleh mintak akak pass telepon kat mak kejap. Saya memang jarang berbual dalam telefon dengan mak. Saya lagi suka borak dengan mak live face to face kat kampung. Rumah mak saya dekat je jadi setiap bulan kami balik.
Saya teringat kali terakhir saya balik kampung, mak pesan pada suami saya selalulah balik kampung, mak rindu cucu mak..suami saya senyum. Bukan tak nak balik tapi saya kerap outstation. Dan kena gilir gilir antara rumah mak dan rumah mertua di Jelebu. Ada juga weekend yang saya ada urusan.
Ya, saya tahu ini semua alasan. Kalau saya usaha, mesti saya boleh balik kampung lebih kerap.
Saya tarik nafas panjang. Tenung muka anak saya dalam dalam. Muka anak saya macam mak saya, rambut kerinting, kulit cerah..muka bulat. Tak guna saya menyesal sekarang. Silap saya menangguhkan rindu saya. Kalau saya nangis sampai bengkak pun, faktanya tetap sama. Peluang untuk dengar suara mak dah takde.
Masa uruskan jenazah mak, satu pun air mata saya tak tumpah, Tidak masa memandikan arwah mak. Tidak masa mengucup dahi mak selepas dikapankan..dan tidak juga semasa di tanah perkuburan.
Bukan sebab saya nak tunjuk kuat, jauh sekali sebab saya tak sayang mak. Tapi sebab saya tahan emosi saya ketat ketat. Saya fokus nak sempurnakan pengurusan jenazah mak. Petang tu, masa nak mandi, saya pulas tombol shower ke maximum dan nangis dalam pancuran air yang laju. Seharian menahan sebak, rasa sakit dada saya especially masa lalu depan katil mak, port nya depan tv. Mak saya suka tengok citer P. Ramlee. Petang sabtu, dia akan laung kalau nampak saya leka.
" ummi, Shin Chan dah start". kartun jepun budak tadika, mak saya join kalau saya tengok.
Beberapa hari selepas arwah pergi, entah kenapa imej mak dalam kepala saya semakin pudar. Saya cuma ingat imej terakhir mak ialah ketika dia berkain kapan dengan wajah yang pucat dan mata tertutup rapat. Sebelum kami pulang ke rumah setelah selesai majlis tahlil, saya cari sekeping gambar mak untuk dibawa balik. Saya pilih gambar mak pakai telekung di Mekah masa mak saya tunaikan ibadat haji. Saya suka sebab gambar tu sebab mak tengah tergelak, kawan dia buat lawak agaknya..
saya macam mak, fun person than would laugh over the same jokes that we have heard million times! Saya lekat dengan magnet di peti ais supaya setiap pagi, bangun nak masak bekal anak imej pertama yang saya nampak ialah mak, dgn senyumannya.
Apa pun saya bersyukur, 30 tahun hidup saya di dunia ni, saya ditemani mak dari hari saya dilahirkan ketika mak berumur 41 tahun. Mak selalu ada dalam doa saya, semoga kita bertemu semula di jannah, In Sha Allah.
To readers that still has mum, pick up the phone and call her. Jangan tangguh tangguhkan lagi.
No comments:
Post a Comment