Aku ingat aku dah pernah kena chicken pox berdasarkan parut kat kaki yg tak hilang sejak azali Rupanya ni parut sebab aku terjatuh pokok (atau parit..dah tak ingat,kecik dulu aku melasak macam anak jantan). Jadi nasihat aku pada siapa yg ragu ragu dah pernah kena ke belum, silalah siasat dengan bertanya mak atau penjaga. Jangan main agak agak je mcm aku ni. Kalau kena chicken pox masa mengandung, janin dalam perut tu berisiko jadi cacat. Syukur tak jadi masa aku mengandung...syukur 1000x!
Perkara pertama bila kena ialah pergi klinik...amik ubat dan surat MC, Aku dapat 2 minggu. Itu je lah perkara best bila kena chicken pox..tak payah pergi opis. Dapat ubat antibiotik, demam, tahan gatal dan calamine lotion. Pastikan demam tu sembuh...JANGAN KENA AIR HUJAN. Itu pantang no. 1. Aku kena pada musim hujan..cis. Apa boleh buat.
Hari pertama kena, aku MINUM AIR KELAPA MUDA..suami aku beli kat kedai tepi jalan, tak letas ais ketul pun. Tujuan minum ni supaya semua bintik merah berair tu keluar dengan cepat. Konsepnya ialah Cepat Keluar, Cepatlah Baik. Hasilnya dalam masa beberapa jam bintik bintik merah berisi air penuh kat muka dan badan termasuklah dalam karipap. Macam takde tempat lain nak tumbuh. Aku kena masa period pulak tu..cis. Atas kepala pun ada..tapak tangan ada..kat bibir ada, dalam lubang hidung & lubang telinga. Kalau nak tau dah habis keluar ke belum, check tapak kaki atau sekeliling jari kaki tu. Kalau dah tumbuh sampai ke situ...maknanya semua dah keluar. Aku amik masa 2 hari, hasil minum 2 biji kelapa. Sekarang, ko tunggu je bintik air ni mengering hingga jadi kuping hitam yang tertanggal sendiri. Aku dah hari yang ke 9, masih ada yang tak tanggal lagi. Gerammmm!
Gatal tu memang tersangat gatal..tahap ko rasa nak kikis kulit badan ko pakai kertas pasir baru puas. Pantang no. 2, JANGAN GARU bintik berair tu sampai pecah. Bila pecah dia akan merebak dan meninggalkan parut berlubang-lubang mcm kawah kat permukaan bulan. Aku memang tak dapat nak ikut pantang ni...kalau ko nak parut kawah bulan mcm aku, sila garu..memang puas hati. Calamine lotion dari klinik tu disapu supaya kurang gatal dan bintik cepat kecut. Suami aku carikan aku daun semambu. orang India ramai tanam pokok ni. Pandai pandailah ko carik jiran atau kawan berbangsa India. Ko tadah air dalam baldi, ko masukkan daun semambu..guna air tu untuk mandi. Bila ko tidur ko lapik tilam dengan kain batik, bawah kain tu ko susun daun tu banyak banyak. Lagi cara nak hilangkan gatal, aku pakai bedak sejuk dicampur daun buah delima. Daun buah delima tu dibasuh sebelum blender halus dengan air, masuk dalam peti ais. Setiap kali nak pakai bedak sejuk, campur air daun ni. Bubuh gel aloe vera..pun boleh. Tapi gatal tetap gatal. Sabo je lerrr.
Boleh pakai sabun muka, sabun badan, syampu..semua boleh. Tapi kena hati hati jangan tenyeh sampai bintik tu pecah. Camne ko nak buat..pandai pandai le. Kalau rasa tak pandai, tak payah mandi sampailah bintik air tu dah kecut. Lap lap sikit je la macam P Ramlee tu..kalau sanggup lah.Tapi ada gak yang tak sempat mengering dah pecah kan...jadi aku sapu KRIM MEDERMA pada parut parut kawah bulan ni..dah hari ke 9 parut masih belum hilang sepenuhnya tapi dah pudar..aku sendiri carik pasal kan. BIO OIL pun membantu gak..pakai berulang kali dalam sehari. Lepas tu aku amik supplemen minuman kollagen EPHYRA dari Oceanlife. Gara gara aku tak tahan gatal, sekarang aku kena berhabis beli itu ini nak hilangkan parut. Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikir le Sendiri Bro!
Adios.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakak kalau parut tuh x hilang , ada cara lain nak hilangkan ke ?
ReplyDeleteAkak amik masa bpe hari or bape bulan nk hilangkan parut tu?
ReplyDeleteParut kt muka xlama nk hilang, tpi kt bdn tu ha mkn masa sikit. Kt muka aku ad parut brlubang chickenpox 5 das, 2 kt tulang pipi kanan, 1 kt tulang hidung blah kanan,1 kt tengah2 hidung antara lubang, 1 kt ats kening kanan. Puncanye chickenpox pecah sbb aku p basuh muka n trpecah. Haaa mendapat, tapi parut gelap kt muka cpt hilang sbb lpas chickenpox kering basuh dgn pncuci muka lama2 dia pudar. Kt sini aku nk egtkn supaya korg xpayah mandi or lap2 badan, biar je jdi mcm kambing xmandi slagi bintik air xkering. Sbb klau pecah nnti jdi parut brlubang atau keloid. Kt dada kiri aku ad 1 ketul parut keloid dsbbkn bintik air chickenpox pecah, mse pecah tu dia jdi warna biru kt dlm kulit keliling lubang,gatal gila babun. Atlast dia jdi parut timbul aka keloid, smpai skrg gatal kt parut tu xhilang. Aku kena chickenpox mse umur bru mncecah 25 taon pda 6/1/17. Mmg sueyyy.
Deleteakak punya takdelah makan tahun nak hilang...tapi gigih jua lah nak sapu krim & makan supplement bagai
DeleteSaya pun baru kena chicken pox . . 03.02.2018 hbs 1 muka dibantai . . Aduii nasib la da kahwin . . Klau tidak sudah la jodoh nk lekat . . Skrg sya baru saja amalkan BIO OIl . . Insyaallah hilang la sgala parut yg ada assalamualaikum
ReplyDeleteiye..banyak banyak bersabar ye bab parut tu. tetiba dia hilang je tanpa sedar..
DeleteMacam mana nk hilangkan parut timbul lepas kena chicken pox??
ReplyDeleteMacam mana nk hilangkan parut timbul lepas kena chicken pox??
ReplyDeleteMacam mana nk hilangkan parut timbul lepas kena chicken pox??
ReplyDelete