Thursday, 5 September 2013

Suami boleh pilih tapi tidak adik beradik



Artikel ni sebab aku nak promote adik beradik aku..haha..Sebagai tanda yang aku sayang diorang. Dedicate khas satu artikel untuk korang!

Ingat Kardashian sisters ada kat US je ke…ni kat Malaysia pun ada (minus Kim’s boobs and butt …opps!)

1st sister – Hasrawati
Tak puas hati apsal kulit dia putih, aku pulak hitam legam. Dulu kitorang sama tembam tapi lately dia dah slim pulak. Satu satunya dalam family yang study overseas kat Manchester, UK. Takut kalau naik keta dia drive.. ye aku tau aku lagi tah pape bawak keta. Lawyer hartanah..so sangat pandai cakap dan peramah. Dia jugak the only one yang ada history penyakit kronik masa zaman sekolah, akak memang a true fighter buat aku sangat kagum.  Aku segan gak dgn dia sebab paling banyak jaga mak waktu mak sakit sedangkan aku tak, sorry sis! Sangat suka berborak..susah nak berenti bila dah start. Suka makan macam aku dan  suka tengok tv pun macam aku  (no surprise here..haha). Kalau marah, seram jugak nak hadap. Tak kawen lagi so saper yang ada potential candidate, let me know.

2nd sister – Hasrajuita
Tinggi lampai dan slim..orang selalu tak percaya kitorang sister (sbb aku gemuk dan renek kah?). Sangat bagus dalam apa jua  yang dia buat (sukan, akademik, karier, memasak, semua lahhh). Anak kesayangan abah aku ni…kalau nak makan sedap sedap baliklah time kakak aku ni ada ! Sangat reliable, dalam family ni kalau ada hal mesti akan carik dia..hehehee..Sangat cantik.  Sangat tak kedekut duit. Tapi kalau marah, memang gila seram. Hampir hampir dapat belajar oversea tapi terkandas masa world financial crisis tu ... (mesti hangin dengar perkataan hampir hampir tu kan..hahahha). Study as an engineer tapi work as a bank manager sekarang. Bawak kereta macam Formula 1 Driver. Sangat hantu K-pop dan football (ManU die-hard fan macam abah aku). Suka travelling..sebelum kawen dulu aku rajn mengikut akak travel sana sini, itu buat kitorang lebih rapat. Dah ada boifren, sorry guys…perfect woman macam ni haruslah dah ada yang cop. I pray that you will get married soon sis…wedding ko haruslah jadi wedding of the year..Harus!

3rd sister – Hasrawahayu
Lagi renek dari aku (yes!) tapi super slim (size XS kah baju ko kak?) Dia paling untung sebab kalau kitorang beli baju tak muat, dialah yang dapat pakai. Sangat lemah lembut dan pandai masak. Juga hantu K-pop, hantu Siti Nurhaliza, hantu Chelsea ..mak aku sayang sangat kakak aku yang ni..kalau dah 2 minggu dia takde balik rumah jenguk mak,  mak aku mesti dah drama kat rumah sbb rindu kat dia. Sangat reliable kalau mintak tolong carik barang yang hilang. Kalau mak suruh buat benda renyah , kitorang akan mintak dia buat sebab kitorang tak cukup rajin macam dia. Sangat kelakar! (Ingat tak lawak yang “kat roundabout ni amik pukul 12 malam ye”---perlu la nak mention “malam” tu..). Satu-satunya dalam family yang masuk sekolah agama (carik balik gambo ko pakai tudung labuh kat sekolah kak..) Sangat aktif bersukan. Orang akan cepat sayang ngan dia ni sbb  baik hati. Pembantu admin kat opis lawyer tempat kakak aku yang 1st tu. Already married to my cute bro in-law. Aku tak sabar nak tunggu ko ada anak. Aku rasa ko akan jadi mak yang lebih baik dari aku sebab zaman sekolah pun ko dah sangat mak-mak, tett.

4th sister brother – Hasraputera
The only prince charming in the family! Anak kesayangan mak abah aku ni…ketat-ketat sayang. Masa kecik asiklah bergaduh dgn kakak no. 3 (gaduh pakai gunting kain mak aku, korang berdua memang gila) tapi tetiba kang korang jadi geng untuk membuli aku. (Aku banyak kali mimpi terajang bontot ko dalam mimpi sebab geram sangat). Satu satunya dalam family yang tak duduk asrama. Hasilnya dia sorang je yang fasih bertutur  bahasa Jawa sampai cakap melayu pun bunyi macam Jawa totok. Suka bikin kereta. Penyokong tegar Arsenal macam aku dan suami. Sangat hensem…ramai peminat perempuan dari zaman sekolah. (Diorang siap sanggup telefon rumah lagi, masa tu henpon mahal lagi). Already married to my beautiful sister in law. Sekarang tengah bekerja nun jauh di Thailand (aku tak tau apa ko buat kat siam tu bro). Semoga Allah kurniakan anak cepat sebab aku tak sabar nak tengok ko jadi ayah..and yes, aku rindu nak tengok ko kena libas dgn tali pinggang abah..hahahhahaa!

My extended family – Along & Uda
Kitorang sama sama dibesarkan oleh arwah atuk dan nenek aku di kampong. Diorang sangat manjakan aku sbb diorang jaga aku dari baby lagi sampai besar panjang dan ada anak ni. Diorang ni sebenarnya sepupu aku tapi aku anggap diorang ni macam mak aku sendiri. Dua-dua single & available..aku hanya benarkan laki budiman je kawen dengan orang baik hati mcm diorang ni . Anak dara aku rapat ngan diorang (serious, anak aku akan jadi sangat spoilt macam aku gak ni…hahahhaa). Hubungan kitorang ni sangat special dan aku pergi mana pun akan bgtau orang yg diorang ni kakak aku. Kakak yang lain mak lain bapak…pun boleh kan. 

Akhir kata, kalau korang ada adik beradik yang cool macam aku gak..jom hargai diorang sementara semuanya masih ada. Pada yang takde, cariklah “adik beradik” dalam kawan kawan yang sejati sebab hubungan istimewa ni tak semestinya perlu ada pertalian darah.

Thank you Allah. 

Adios!

Wednesday, 4 September 2013

Usaha mencari rawatan bagi bayi kerap batuk berpanjangan.

Aku bukan doktor. Artikel ni untuk senaraikan usaha aku mencari penawar bagi anak dara mak  yang kerap batuk berpanjangan. Konsepnya ialah Allah sahaja yang berkuasa menyembuhkan penyakit, doktor/ubat hanyalah penyebab/medium. Apa yang parents perlu buat ialah berusaha dan bertawakal.

Oh ye, anak dara sekarang dah 1 tahun 10 bulan..(info sampingan)

Ni info penting, kalau rasa berguna..amik ler.

1) Dapatkan rawatan pa-ed (doktor kanak kanak). Kalu pergi klinik biasa tu diorang bagi ubat yang sama macam adult. Bagi yang duduk area rawang,  2 klinik yang kami pergi ialah Klinik Tan @ Rawang atau Klinik Serena @ Sg. Buloh.Pada yang duduk area lain, rajinkan mulut bertanya ibu ibu lain atau lagi senang, google kat henpon.

No phone Klinik Tan:03-60937668 (No.5, Jalan Bukit Rawang 7 - Sebelah JPN Rawang, dekat dengan Petronas Rawang)
No phone Klinik Serena: 03-61575763 (no. 20, BRP 1/2, Bukit Rahmah Putra) sederet dengan ofis MBSA, kedai mamak kat corner lot)

Note: Klinik diorang ni walk-in je tapi silalah datang awal sbb kalau lenggang kangkung mak minah memang mendapat ler berjam-jam menunggu.Telefon dulu utk confirmkan waktu operasi diorang sbb klinik tak bukak 24 hours mcm klinik biasa. Kang sia sia je menunggu kat luar pintu.  Untuk mak yang jenis teringin nak banyak tanya tapi takut terbagi soalan bodoh, sila lah ke Dr Serena, confirm ko puas hati.

2) Kemudian kami mencari pakar kanak-kanak di hospital swasta pulak. Yang ni mmg mahal,  kalo tak silap rm200++ per hour, entah..aku hulur GL co. aku je (syukur tak yah kuar duit poket sendiri). Kami pergi specialist Dr Azizi @ KPJ Damansara (depan Pasar Besar TTDI) . Yang ni ko  kena telefon buat appointment dulu sebab kalau ko perasan VIP nak main walk-in je, silap haribulan sampai ke petang ko menunggu dia. Ni no phone secretary dr azizi : 03-77181188.

Note: standby tadah telinga untuk dengar dr Azizi bagi nasihat..kalau laki ko merokok, hahahahha...habis la korang..muka dr mcm atok yang garang tapi consultation dia terbaik wok! Konsepnya: makanan dan udara. Makanan untuk anak seeloknya homecooked dan untuk udara, sila buang ubat nyamuk letrik , perfume rumah, bantal dan tilam kekabu yg jarang dijemur.

3) Latest usaha kami ialah bawak baby ke :

Klinik Wangsa Sdn Bhd @ Wangsa Maju (belakang balai polis kat Jusco alpha angle). 
No. 46, Jalan 2A/27A, Section 1, Bandar Wangsa Maju
No. Tel:03-41421614

Ko mintak nak jumpa Dr Nadir Khan. Alhamdulillah, anak dara aku serasi dengan cara rawatan Dr Nadir ni. Dr kata anak aku dah telan ubat batuk kuat sampai kahak tu terperangkap dalam badan dia. Tu yang baby berterusan batuk sbb culprit a.k.a kahak tu masih ada. Dr  bagi topeng gas, kemudian tepuk belakang baby bagi kahak longgar & sedut kahak guna equipment khas..memang banyak giler keluar dan berbau busuk sebab dah lama berkampung dlm badan. Dr kata kalau lambat dirawat ada potensi jadi athma. Ubat dia bagi pun lain...ubat ni untuk menggalakan batuk supaya kahak keluar. Dan ko dapat coaching dari doc cara cara tepuk belakang bayi supaya dapat prektis kat rumah bila baby batuk semula. Sebab takde topeng gas kat umah, guna rice cooker untuk steamkan air dan buat macam steam facial kat muka baby sebelum aksi tepuk menepuk.

Note: Dr Nadir takde tiap tiap hari kat klinik..dia ada 2 - 3 branch kot nak round..so call dulu klinik utk confirm, kang menyesal... Sila datang bapak awal sebab kalau datang ngam ngam pun silap haribulan ko kena berdiri menunggu turn.Serius, aku tak berdrama, kisah benar ni.

4) Tidak dilupakan rawatan tradisional. Kebetulan mak mertua aku kampung dia ada beberapa nenek yang mengamalkan rawatan tradisional (kat Jelebu, Negri 9..most wanted yaw!) Ada yg dah glamour  ke tahap ko kena tunggu turn mcm klinik gomen. Berdasarkan rawatan anak aku, ada yg cakap dalam badan banyak angin (kesan permakanan dan juga keluar waktu malam) sbb tu lah badan 'menolak' ubat menyebabkan lambat baik. Ada jugak yg kata "ketegur" (kesan keluar malam malam jugak). Biasanya, korang kena bawak sebotol besar mineral water untuk diorang 'jampi dengan ayat-ayat Al-Quran' sbg air penawar. Bahan sampingan lain ialah tepung beras, kunyit hidup, etc (bergantung cara rawatan nenek tersebut). Aku yang bajet ibu moden ni kadang menahan gelak gak tengok tapi tak kisahlah, janji tak menyimpang ajaran islam.

Note: Kadang kadang tak dapat elak kena bawak baby keluar malam, huhu.

 Akhir kata, sebagai ibu bapa jangan berhenti berikhtiar, Insha Allah berhasil. Bahaya kalau ambil pendekatan, dah besar nanti elok lah tu. Di mana ada jalan, di situ ada highway : Adnan Sempit.

Adios!

 

 

Tuesday, 3 September 2013

Apa yang boleh dimakan kalau kena Chicken Pox bagi orang dewasa

Menurut doktor yang aku jumpa, semolek-moleknya makan sayur je selama 2 minggu chicken pox ni. Aku tak sanggup....vegetarian sehari mungkin boleh, 2 minggu tak mampu.

Artikel ni berniat membantu anda anda (yang tak sanggup makan sayur je) untuk memilih apa yang boleh dan meninggalkan yang tak boleh dimakan. Konsepnya macam makanan orang berpantang lepas bersalin. Kot tak pernah bersalin, ni aku senaraikan..

Yang Tak Boleh
1) Ayam, Daging, Telur, Makanan Laut (Udang, Sotong, Ikan , Ketam, etc.)
2) Makanan Bergoreng ( puasa ler kejap dari makan KFC, McD, Pizza Hut)
3) Kicap (dan makanan makanan hitam macam cokelat). Boleh effect parut jadi hitam legam. Bunyi mcm tak logik tapi aku tak kuasa nak mencari pasal. 2 minggu takde kicap tak mati pun..
4) Telur Ayam. 
5) Cili..makanan pedas
6) Belacan

Rasionalnya, makanan di atas akan menambahkan lagi kegatalan yang sedia ada.

Macam takde satu benda pun boleh dimakan kan. Okeh, tak perlu sedih sangat..ni senarai yang boleh makan.

1) Ikan Selar
2) Ikan Merah
3) Ikan Tenggiri

 Pandai-pandai la ko gilir gilir menu ni supaya tak mati kebosanan makan lauk yang sama. Ikan ikan ni cuma boleh direbus (sup, asam rebus, etc) atau di bakar. Boleh letak ikan bilis sebagai perasa, tapi sikit je. Sayur pun sama, tak boleh ditumis..boleh rebus je. Minyak masak tu MC 2 minggu mcm ko jugak.

Ni resipi ikan rebus oleh mak mertua tersayang. Senang giler nak masak, semudah masak Maggi.

Rebus air dalam periuk (Separuh periuk)
Masukkan bawang merah (1 biji), bawang putih (2 biji), halia (besar ibu jari) dan kunyit hidup ( sebesar kuku ibu jari) - semua ni dimayang kasar-kasar.
Bila air mendidih, masukkan ikan selar seekor (belah 2).
Masukkan asam keping.
Kecikkan sikit api, dan biarkan sampai ikan masak. Perasakan dengan garam. Nak warna sikit, letak separuh tomato.

Makan panas-panas dengan nasik. Kenyang...anak aku pun suka. Dia bedal je..tekak tak memilih macam maknya.

Dah habis 2 minggu ni, sila ajak pasangan memasing ke McD. Huhu.

Adios!



 

Monday, 2 September 2013

Cara menangani parut chicken pox orang dewasa supaya parut hilang dengan cepat

Aku ingat aku dah pernah kena chicken pox berdasarkan parut kat kaki yg tak hilang sejak azali Rupanya ni parut sebab aku terjatuh pokok (atau parit..dah tak ingat,kecik dulu aku melasak macam anak jantan). Jadi nasihat aku pada siapa yg ragu ragu dah pernah kena ke belum, silalah siasat dengan bertanya mak atau penjaga. Jangan main agak agak je mcm aku ni.  Kalau kena chicken pox masa mengandung, janin dalam perut tu berisiko jadi cacat. Syukur tak jadi masa aku mengandung...syukur 1000x!

Perkara pertama bila kena ialah pergi klinik...amik ubat dan surat MC, Aku dapat 2 minggu. Itu je lah perkara best bila kena chicken pox..tak payah pergi opis. Dapat ubat antibiotik, demam, tahan gatal dan calamine lotion. Pastikan demam tu sembuh...JANGAN KENA AIR HUJAN. Itu pantang no. 1. Aku kena pada musim hujan..cis. Apa boleh buat.

Hari pertama kena, aku MINUM AIR KELAPA MUDA..suami aku beli kat kedai tepi jalan, tak letas ais ketul pun. Tujuan minum ni supaya  semua bintik merah berair tu keluar dengan cepat. Konsepnya ialah Cepat Keluar, Cepatlah Baik. Hasilnya dalam masa beberapa jam bintik bintik merah berisi air penuh kat muka dan badan termasuklah dalam karipap. Macam takde tempat lain nak tumbuh. Aku kena masa period pulak tu..cis. Atas kepala pun ada..tapak tangan ada..kat bibir ada, dalam lubang hidung & lubang telinga. Kalau nak tau dah habis keluar ke belum, check tapak kaki atau sekeliling jari kaki tu. Kalau dah tumbuh sampai ke situ...maknanya semua dah keluar. Aku amik masa 2 hari, hasil minum 2 biji kelapa. Sekarang, ko tunggu je bintik air ni mengering hingga jadi kuping hitam yang tertanggal sendiri. Aku dah hari yang ke 9, masih ada yang tak tanggal lagi. Gerammmm!

Gatal tu memang tersangat gatal..tahap ko rasa nak kikis kulit badan ko pakai kertas pasir baru puas. Pantang no. 2,  JANGAN GARU bintik berair tu sampai pecah. Bila pecah dia akan merebak dan meninggalkan parut berlubang-lubang mcm kawah kat permukaan bulan. Aku memang tak dapat nak ikut pantang ni...kalau ko nak parut kawah bulan mcm aku, sila garu..memang puas hati. Calamine lotion dari klinik tu disapu supaya kurang gatal dan bintik cepat kecut. Suami aku carikan aku daun semambu. orang India ramai tanam pokok ni. Pandai pandailah ko carik jiran atau kawan berbangsa India. Ko tadah air dalam baldi, ko masukkan daun semambu..guna air tu untuk mandi. Bila ko tidur ko lapik tilam dengan kain batik, bawah kain tu ko susun daun tu banyak banyak. Lagi cara nak hilangkan gatal, aku pakai bedak sejuk dicampur daun buah delima. Daun buah delima tu dibasuh sebelum blender halus dengan air, masuk dalam peti ais. Setiap kali nak pakai bedak sejuk, campur air daun ni. Bubuh gel aloe vera..pun boleh. Tapi gatal tetap gatal. Sabo je lerrr.

Boleh pakai sabun muka, sabun badan, syampu..semua boleh. Tapi kena hati hati jangan tenyeh sampai bintik tu pecah. Camne ko nak buat..pandai pandai le. Kalau rasa tak pandai, tak payah mandi sampailah bintik air tu dah kecut. Lap lap sikit je la macam P Ramlee tu..kalau sanggup lah.Tapi ada gak yang tak sempat mengering dah pecah kan...jadi aku sapu KRIM MEDERMA pada parut parut kawah bulan ni..dah hari ke 9 parut masih belum hilang sepenuhnya tapi dah pudar..aku sendiri carik pasal kan. BIO OIL pun membantu gak..pakai berulang kali dalam sehari. Lepas tu aku amik supplemen minuman kollagen EPHYRA dari Oceanlife. Gara gara aku tak tahan gatal, sekarang aku kena berhabis beli itu ini nak hilangkan parut. Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikir le Sendiri Bro!

Adios.